![]() |
| 1. | Pembelian ini tertakluk kepada bekalan stok tersedia, jumlah kredit yang mencukupi dan penerimaan Perjanjian Mail Order antara MBF Cards (M'sia) Sdn Bhd (MBFC) dan pembekal. |
| 2. | Ahli Kad boleh membuat pembelian menerusi telefon. Penerimaan pembelian ini akan berkuatkuasa selepas 10 hari tempoh bertenang. |
| 3. | Selepas pesanan diproses, penghantaran akan dibuat hanya selepas tamat 10-hari tempoh bertenang. Sekiranya anda ingin penghantaran dibuat serta merta, anda dikehendaki memberitahu MBFC melalui surat atau menandakan pilihan anda pada kotak yang terdapat di dalam borang pesanan. |
| 4. | Pembatalan pesanan melalui telefon perlu disertakan dengan surat dan anda boleh memilih untuk menghantar surat melalui fax, emel atau pos sebelum tempoh bertenang 10-hari berakhir. |
| 5. | Penghantaran akan dibuat dalam masa 2 hingga 4 minggu dari tarikh pesanan diluluskan. |
| 6. | MBFC atau pembekalnya akan membuat penghantaran ke alamat yang diberikan dalam borang pesanan. Sekiranya penghantaran itu gagal dilaksanakan atas sebarang sebab, MBFC tidak akan melayan sebarang tuntutan. |
| 7. | Produk yang diterima dalam keadaan yang sempurna tidak boleh ditukar atau dipulangkan. Sebelum pengesahan penerimaan, anda dikehendaki memeriksa dan memastikan keadaan Produk itu adalah memuaskan. |
| 8. | MBFC, agen agen dan pembekal tidak akan bertanggungjawab atas sebarang liabiliti yang disebabkan oleh penggunaan Produk. |
| 9. | Jumlah ansuran penuh yang diluluskan oleh MBFC akan diasingkan dari had kredit anda. Jumlah ini akan dikembalikan mengikut nilai ansuran bulanan yang didebitkan ke dalam akaun Kad anda. |
| 10. | Terma dan syarat ini adalah tambahan kepad terma dan syarat dalam Akaun Kad anda. Sekirany terdapat percanggahan, terma dan syarat ini akan digunakan berdasarkan perjanjian Mail Order dan Produk yang dipesan. |
| 11. | MBFC berhak menukar terma dan syarat tanpa sebarang notis kepada Ahli Kad. Spesifikasi dan harga Produk serta promosi ini boleh ditukar/ diperbaharui tanpa sebarang notis. |
| 12. | Sekiranya produk yang dibeli tidak berfungsi dengan sempurna, Ahli Kad boleh mengembalikan Produk tersebut dalam masa 14-hari dari tarikh penerimaan. Produk mesti dikembalikan dalam keadaan yang baik beserta pek pembungkusan asal. |
| 13. | MBFC berhak mempercepatkan penagihan ansuran untuk akaun yang telah dibatalkan. |
Direct Sales License : No. AJL93148 |
|